Tuesday 15 January 2019

WELCOME 2019

Rasa macam dah lama  tak blogging.. huhuhu . biasalah lepas habis sekolah busy sikit. busy buat apa pun tak tau lah . hahahaha....

sebenarnya fini pun tak tau nak cakap apa . fini  harap sangat tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk fini dari tahun yang sebelum sebelum ni. Semoga fini sentiasa dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus seperti air zam zam yang mengalir . Aamiin .

malam ni kita just santai santai ja okk...fini ada buat bisnes kecil kecil jangan lupa follow ig fini ok.kalau korang suka shopping baju ka tudung ka boleh la follow @pastelhawwa & @singatf.georgetown

instagram : www.instagram/pastelhawwa

Friday 6 April 2018

Urban Artisan



FLAVOUR :

 British Earl Grey Tea X Charcoal Mint

Blood Orange X Quenchy Watermelon



Urban Artisan is Soft Serve Ice cream. Aiskrim dekat sini ada macam-macam flavour dan flavour akan ditukar pada setiap minggu. Setiap hari isnin mereka akan update flavour baru dekat facebook Urban Artisan.

Thursday 13 April 2017

secawan kopi 5

setelah sampai dirumah mama aiman terus masuk ke dapur manakala aiman pula duduk disofa sambil menonton tv. setelah bosan menonton tv aiman pergi ke dapur untuk mengacau mamanya masak.

"mama buat apa tu?" sambil mencium pipi ibunya.

"tengah masak asam pedas yang aiman nak tu la"

"boleh aiman tolong?"

"boleh sayang"

"mama macam nak tau yang kita ni betul-betul dah jatuh cinta dekat seseorang tu"

" kenapa aiman tanya soalan macam tu plak ? aiman dah jatuh cinta dengan siapa ? bagitau la dekat mama boleh la mama masuk meminang dia cepat-cepat"

"apa mama merapu ni aiman cuma tanya ja kan ..."

" hmmmm . nampaknya lambat lagilah mama nak dapat cucu"

"Sabarlah mama aiman kan muda lagi"

"yalah anak mama ni kan sentiasa muda ja". sambil mencubit pipi anaknya itu.

"ma bila nak siap asam pedas tu aiman dah lapar ni"

"dah siap dah ni, jom kita makan.... aiman tolong mama cedokkan nasi tu"

"baik mama"

setelah selesai makan aiman terus keluar ke cafe kegemarannya itu.

"aiman nak kemana tu"

"nak pergi cafe kejap"

"yalh balik cepat ok jangan balik lambat sangat"

"baik ma aiman pergi dulu tau" sambil mencium pipi ibunya.



Monday 1 August 2016

secawan kopi 4

setelah tiba di pasar dia pon berjalan bersama mamanya.

"aiman nak mam masak apa-apa tak harini?'

"hmmmmm.. aiman nak makan asam pedas mama. dah lama tak makan" sambil memeluk tubuh ibunya

"alolololo, yalah mama masak untuk anak yang sorang ni. Manja betul dia kalau nak sesuatu"

"hehehe manja ka aiman ni mama"

"yalah..dah-dah kita kat pasar ni bukan kat rumah"

"yelah" aiman terpaksa melepaskan pelukan itu kerana mengikut kehendak mamanya itu.

dengan tidak sengajanya sofia pelayan baru di cafe cinta itu ternamapak apa yang dilakukan oleh aiman tadi. Dia mengomel seorang diri.

"la anak mak rupanya mamat ni sebenarnya. semalam bukan main lagi muka acah-acah garang gitu kau. Eh buat apa aku nak kisah pula pasal dia tu . biarkan jalah dia nak manja ka , nak anak mak ka dia punya pasal la janji dia tak kacau kerja aku"

"hey sofia kau mengomel apa seorng diri tu"

"eh tak ada apa-apalah abang wan"

"ada apa-apa lagi tak yang kau nak beli, kalau tak ada apa-apa jomlah kita balik abang pon dah lapar ni"

"tak ada dah kot rasanya"

"kalau macam tu jomlah balik"

"ok jom"

setelah habis membeli barang aiman dan mamanya pon terus pulang kerana aiman tidak sabar untuk makan asam pedas masakkan mamanya itu. Masakan mamanyalah yang paling sedap. Sebab tu la dia tidak belajar jauh-jauh seperti kakak dan abangnya kerana dia tak akan makan masakan orng lain sangat kecuali masakan mamanya.

Sunday 31 July 2016

secawan kopi 3

pada keesokkanya Aiman bangun terlalu awal jadi dia bercadang hendak pergi berjogging bersama Daus tetapi Daus pula ada meeting yang mesti dihadirinya. Disebabkan itu aiman cuba memujuk mamanya pula untuk menemaninya pergi jogging. Bukan dia tidak biasa pergi jogging seorang diri tetapi dia terasa bosan pergi bersendirian.

" mama jom la teman aiman jogging pagi ni " sambil meletakkan kepalanya diatas bahu mamanya.

" aiman pergilah sorang mama nak pergi pasar sekejap lagi "

" alah mama jom la kejap ja, aiman janji lepas kita pergi jogging aiman teman mama pergi pasar "

"betul ni sayang"

"betullah mama. kenapa mama tak percaya ka dengan anak mama sorang ni"

"mestilah mama percaya. baru seronok mama nak pergi pasar ada orng temankan selalunya mama pergi sorang ja"

"ok jom bersiap mama"

"ok jom"

15 minit kemudian aiman pon turun ke bawah dengan pakaian sukan

"mama cepat la nanti kita lambat nak pergi pasar pula"

"iya kejap mama nak turun dah lani"

"ok jom mama"

mereka berdua pon keluar dan pergi berjogging ditaman yang berhampiran dirumah mereka.

"aiman sudah la tu jom kita balik mama dah penat la"

"mama baru setengah jam ja takkan mama dah penat"

"yalah kamu tu orang muda tak apa la. Mama ni dah tua"

"ek eh sapa cakap mama aiman ni dah tua , mama ni muda lagilah. Dah la cantik kalah perempuan muda yang kat luar sana tu"

"hahaha, ada-ada sajalah kamu ni. dah-dah jom balik"

"yelah jom kita balik lepastu pergi pasar"

setelah sampai dirumah aiman terus mencapai kunci kereta dan pergi ke pasar bersama mamanya .

Saturday 3 January 2015

secawan kopi 2

sejak pulang dari Cafe Cinta Aiman asyik teringat akan gadis yang bernama sofia itu .

"Ishh , kenapa dengan aku ni asyik teringatkan dia ja"

"tak kan aku jatuh cinta kot"

"mustahil"

tiba - tiba saja lamunannya terhenti apabila mamanya mengetuk pintu bilik

"Man ma masuk ya"

"masuklah ma"

mamanya mengambil tempat dihujung katil sambil bertanya kepada anak lelakinya yang seorang ini

"Man ada masalah ka"

"eh! tak lah ma . Man ok lah"

"habis tu sejak balik dari cafe Man asyik termenung ja mama tengok.Kalau ada masalah ceritalah
dengan mama"

"tak ada apa - apalah ma"

"betul ni sayang"

"betul ma"

"kalau macam tu tak pa lah . Jom kita turun makan , papa dah tunggu kat bawah tu"

"ok ma"

Aiman berjalan beriringan dengan mamanya untuk turun ke meja makan

"turun pun dua beranak ni . Cepatlah papa dah lapar ni"

"ya lah papa"

"ishh , abang ni kalau makan cepat ja"

"mesti la cepat isteri abangkan masak sedap . Betul tak Man"

"betul tu pa . Masakan mama paling sedap"

"amboi puji nampak . Ada apa-apa ka ni"

"saya puji pun salah ka"

"dah la mama , papa jom kita makan"

Aiman gembira melihat telatah mama dan papanya . Mereka begitu romantis sekali dia juga inginkan sebuah rumahtangga seperti mama dan papanya .

setelah selesai makan Aiman pergi ke halaman depan untuk mengambil angin dan dengan tidak sengaja dia teringat kembali akan gadis di cafe tadi .

"Man buat apa tu" tegur papanya

lamunannya terhenti tiba - tiba

"tak da apalah pa . saja ambil angin"

"0uhh"

"papa pula buat apa kat sini"

"samalah nak ambil angin juga"

"oklah pa Aiman masuk dulu . Tiba - tiba mengantuk pula . Assalamualaikum pa"

sambil menyalam tangan papanya

"ya lah , waalaikumusalam"

Thursday 25 December 2014

secawan kopi 1




Sedang Aiman asyik leka bermain telefon di Cafe kegemarannya iaitu Cafe Cinta , tiba - tiba kawannya Daus menanyakannya soalan yang sering dia tanyakan kepada Aiman setiap kali mereka lepak di cafe itu.

"hang tak bosan ka Aiman , tiap - tiap hari minum kopi kat cafe ni" tanya Daus

"tak pun"

sesaat kemudian ada seorang perempuan lalu di hadapan mereka

"Eh!perempuan tu pelayan baru ka kat sini . Aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni"

"ye lah kot , aku pun baru harini nampak dia"

Aiman sengaja memanggil pelayan itu dan memesan secawan air kopi yang biasa dipesannya .

"ya encik"

"Bagi saya air kopi satu . Macam biasa"

"Maaf , encik nak kopi apa?"

"kan saya dah cakap bagi kopi macam biasa"

"maaf encik saya pelayan baru disini jadi saya tak tahu kopi apa yang selalu encik pesan"

Puan Aisyah iaitu pemilik kedai itu dengan tidak sengaja ternampak apa yang terjadi tadi , dengan segera dia pergi ke sana .

"maaflah Aiman dia pelayan baru di sini jadi dia tak tahu kopi apa yang selalu Aiman minum . Sofia pergi masuk dan buatkan kopi Merinda satu"

"Baik Puan" jawab Sofia

"Patutlah saya tak pernah nampak pun dia sebelum ni kak Aisyah"

"dia baru ja mula hari ni . Kenapa , Aiman suka dekat dia ke ?"

"ishh , mana ada akak"

pipi Aiman tiba - tiba saja menjadi merah .

"kalau macam tu akak masuk dululah"

"ok"

"hang suka kat dia ka ?" Tanya Daus

"mana ada"

"habis tu tadi awat pipi hang merah"

"mana ada"

tiba - tiba saja perbualan diantara mereka berdua terhenti dan mata Aiman hanya tertumpu pada pelayan perempuan tadi itu

"maaf encik ni air kopinya"

"terima kasih"

setelah Sofia menghantar air kopi itu kepada Aiman , Aiman memandang Sofia sehingga dia hilang
dari pandangan Aiman .
Aiman menghirup secawan kopi kegemarannya itu dengan perlahan dan penuh kenikmatan .
setelah selesai minum kopi yang dipesannya itu , dia pun mengajak Daus pulang .

"Daus jomlah balik"

"hang kata nak lepak"

"malaslah"

"oklah , oklah" akhirnya Daus pun mengalah .

Saturday 13 December 2014

cemburu

Assalamualaikum .......



setiap insan yang sedang bercinta pasti akan ada perasaan cemburu di sudut hati mereka apabila pasangan mereka bermesra dengan orang lain .
 Tapi itulah adat bercinta ....

Tapi
tapi
tapi
.
.
.
.
.
tapi

Perasaan cemburu bukan hanya untuk pasangan bercinta sahaja kerana perasaan itu kadang - kadang akan hadir apabila kita melihat seseorang itu lebih berjaya daripada kita . Perasaan cemburu itu akan hadir tiba - tiba . Cemburu tak bermakna kita membenci seseorang itu .

perasaan cemburu ini ada baiknya juga kerana secara tidak langsung ia akan membuatkan kita lebih bersemangat lagi untuk mencapai apa yang kita impikan . kita akan berusaha untuk menandingi seseorang itu tapi dengan cara yang bersih dan baik bukannya dengan cara yang kotor

TAKE NOTE
bersainglah dengan cara yang bersih bukannya dengan cara yang kotor . 

Sunday 30 March 2014

masa dan jam

assalamualaikum


Dengan zaman yang serba moden ini semua orang mesti mempunyai jam kan ??
Sama ada dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak - kanak . 

BUT 

BUT

BUT


pernah tak sesekali kita terfikir apa gunanya jam itu jika kita tidak mampu menepati masa .

"Ramai yang mempunyai jam tangan yang mahal harganya tapi tak semua orang mampu menepati masa yang lebih bernilai harganya ."

Kalau kita tak menepati masa mesti kita akan terlepas untuk melakukan perkara yang kita nak buat, masa tu baru nak menyesal memang tak gunalah

Apa gunanya jam itu jika kita tidak mampu untuk menepati masa .
Lebih baik tak payah beli ja jam tu kalau tak tau nak tepati masa .

"Orang yang bijak akan menggunakan masa yang terluang itu untuk melakukan benda yang berfaedah kerana bagi mereka masa itu emas . "

#TAKEANOTE

senyumlah

assalamualaikum

Senyumlah disaat susah 
Senyumlah disaat senang
Senyumlah di saat sedih
Senyumlah disaat gembira 
Kerana senyuman itukan satu sedekah 

Hanya dengan sebuah senyuman sahaja kita mampu menggembirakan orang lain walaupun disaat itu hati kita sedang sedih tetapi selepas kita melihat orang itu gembira hati kita juga tiba - tiba akan menjadi gembira . 

Begitu hebatnya sebuah senyuman itu .

Kalau kita senyum berjuta - juta kali pun tak kena bayar . 
Senyuman itu tak perlu mengeluarkan walau sesen pun . 

Tapi kenapa sesetengah orang susah sangat nak senyum ???

Why ???

Why ???

Why ???

Kepada sesiapa yang susah sangat nak senyum tu ,
cuba ubah perlahan - lahan diri itu untuk senyum . 

Sebab senyumkan tak kena bayar pun

Tak rugi pun kalau kita senyum malah dapat menambahkan lagi pahala kita 

TApi

Kita kena hati - hati juga bila nak senyum kerana hanya dengan senyuman juga mampu membuat orang itu jatuh cinta kepada kita . 
Bila nak senyum dekat sesiapa pun janganlah buat senyuman yang menggoda (for women only) senyum biasa-biasa ja dah cukup

And one more thing that i want to add up 

Time kita senyum kat orang tu kena ikhlas lah tau .
Until that only :)(:
Don't forget to smile 

Saturday 29 March 2014

musuh

assalamualaikum

musuh ???
ada apa dengan musuh 



tanpa kita sedari sebenarnya musuhlah yang telah banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya .
kenapa ???

kerana musuh tak pernah berbohong tentang diri kita .
kadang - kadang sahabat baik kita pun adakalanya akan berbohong kepada kita tentang diri kita kerana mereka hanya ingin menyedapkan hati kita sahaja .

oleh itu kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada musuh kita
tanpa musuh kita mungkin tidak akan pernah ingin berubah ke arah kebaikkan 

kawan biar beribu 
tapi
musuh jangan sesekali dicari

WELCOME 2019

Rasa macam dah lama  tak blogging.. huhuhu . biasalah lepas habis sekolah busy sikit. busy buat apa pun tak tau lah . hahahaha.... sebena...