Sunday, 29 December 2013

tin kosong

assalamualaikum .

kalau bercakap pasal kitar semula ja mesti semua orang tak berapa nak berminat sangatkan sebab tak tahu nak buat apa kan dengan barang yang hendak dikitar semula seperti tin , surat khabar , dan sebagainya .

Tapi hari ini aku nak tunjukkan cara - cara menghias tin sebagai tempat meletak alat tulis .
cara ni memang senang sahaja .

hanya dengan 3 langkah yang mudah sahaja boleh membuat tin kosong menjadi menarik . 
daripada tin yang mula - mulanya kosong bertukar menjadi cantik . 

barang yang diperlukan ialah :

majalah lama 
gunting 
gam 
gam uhu 
pensil 
tin


1. ambil sehelai kertas dari majalah lama dan juga pensil . 


2. letakkan pensil di bucu kertas dan mula gulung . selepas gulung sedikit mestilah meletakkan gam supaya tidak terkeluar .


3. dan yang akhir sekali , gulung sehingga habis dan gamkan di hujung .
kena buat banyak la juga . 
ulang lagi cara tadi sehingga penuh tin . 
kalau panjang sangat boleh potong ikut ketinggian tin . 
dan lekatkan di tin dengan menggunakan gam uhu .
kalau guna gam biasa takut tak berapa nak lekat . 
kalau lekat tak apalah . 


dan beginilah hasilnya . 

SELAMAT MENCUBA 


jangan lupa share  tau kalau dah cuba buat  :)


No comments:

Post a Comment

WELCOME 2019

Rasa macam dah lama  tak blogging.. huhuhu . biasalah lepas habis sekolah busy sikit. busy buat apa pun tak tau lah . hahahaha.... sebena...